Showing posts with label Produk. Show all posts
Showing posts with label Produk. Show all posts

Thursday, May 24, 2018

Stok Hand Sanitizer Septisilk baru sampai


Stok hand sanitizer jenama SeptiSilk (alcohol based hand rub) baru sampai di kedai Raja bekam Klang.




Antiseptik ini sama seperti yang ada dikebanyakan katil pesakit dihospital kerajaan. Gunanya untuk mencegah... sapu ditangan sebelum atau selepas pelawat melawat pesakit atau perawat sebelum memulakan rawatan.



Promosi ramadhan 2018, kalau beli 3 botol kami berikan harga borong. Tak perlu kuantiti yang banyak. 

Hubungi 017-333 1226

Saturday, October 21, 2017

Cara guna cecair DD1 untuk mencuci cup bekam

Ramai jurubekam yang keliru dengan cara penggunaan cecair DD1 bagi mencuci cup bekam. Fungsi cecair DD1 adalah sebagai pembasmi kuman yang terlekat pada cup bekam. Sama seperti dettol ataupun cecair peluntur Clorox yang digunakan oleh orang ramai untuk mencuci pakaian.




Bezanya, cecair DD1 ini lebih kuat untuk membunuh kuman dan ianya tidak merosakkan cup bekam. Adakala jika kita guna cecair dettol atau peluntur klorok untuk mencuci cup bekam, ia boleh mengakibatkan cup bekam menjadi putih atau kusam ataupun pudar. 

Bila sudah pudar, ia tidak lagi nampak berseri dan pelanggan jadi kurang yakin dengan peralatan yang kita gunakan. Bagi mereka, ini boleh jadi kali 'pertama dan terakhir' mereka berbekam ditempat kita.

Okey.. ini adalah cara bagaimana menyukat dan mencuci cup bekam menggunakan cecair DD1. Sukatannya bergantung kepada jumlah cup yang kita nak cuci. Kalau sikit, boleh ikut seperti yang ditunjukkan dalam video dibawah. Kalau cup bekam tersebut banyak, gandakan saja sukatannya bagi tujuan yang sama.



Cecair pencuci ini boleh didapati di kedai Raja Bekam di Klang ataupun melalui agen-agen sah yang dilantik. Bagi yang tinggal jauh dari Klang, boleh dapatkan secara online disini. Caj penghantaran melalui pos laju hanya RM12 saja.