Thursday, August 4, 2022

Kiropraktik, melegakan atau menyakitkan?

Kiropraktik semakin mendapat sambutan. Banyak laman sosial seperti TikTok, Instagram dan Facebook memaparkan teknik rawatan Kiropraktik. Golongan artis,ahli politik dan orang popular menjadi penyumbang utama untuk menarik minat rakyat Malaysia mencuba rawatan kiropraktik.



Raja Bekam menyediakan kursus untuk mereka yang berminat untuk menceburi bidang rawatan kiropraktik. Lebih dari 100 orang telah menyertai kursus ini. Rata-ratanya telah membuka premis atau menambahkan perkhidmatan selain bekam,urutan,akupuntur dan rawatan alternatif yang lain.



 Kiropraktik ialah disiplin dan profesion penjagaan kesihatan yang menekankan diagnosis, rawatan, dan pencegahan gangguan mekanik pada sistem muskuloskeletal, khususnya tulang belakang, atas hipotesis bahawa gangguan itu akan menjejaskan kesihatan umum menerusi sistem saraf. Ia umumnya dikategorikan sebagai perubatan pelengkap dan alternatif (CAM), suatu penyifatan yang ditolak oleh banyak pakar kiropraktik. Walaupun pakar kiropraktik mempunyai banyak sifat pembekal rawatan asas, mereka mempunyai lebih banyak sifat bidang perubatan seperti bidang pergigian dan podiatri. Teknik rawatan kiropraktik utama melibatkan terapi insani, termasuk pemanipulasian tulang belakang, sendi, dan tisu lembut. Rawatan juga termasuk senaman serta kaunseling kesihatan dan gaya hidup. Kiropraktik tradisional menganggap bahawa subluksasi ruas tulang belakang atau disfungsi sendi tulang belakang akan mengganggu fungsi tubuh dan kecerdasan semula jadi,suatu anggapan vitalistik yang mengakibatkan ejekan daripada sains dan perubatan aliran utama.


Jika berminat untuk menyertai kursus kiropraktik ini boleh tekan link dibawah atau scan QR code


TEKAN SINI





No comments:

Post a Comment