Monday, July 18, 2022

Punca kematian tertinggi di Malaysia- Kardiovaskular

 

Pemakanan bagi Pesakit Kardiovaskular (CVD)



Pengenalan

  • Penyakit kardiovaskular (CVD) merupakan punca utama kematian di Malaysia. Antara penyakit-penyakit kardiovaskular, penyakit jantung koronari adalah punca kematian tertinggi dan diikuti dengan strok.
  • Pesakit yang menghidap penyakit jantung kardiovaskular dengan hiperlipidemia mempunyai risiko tinggi untuk mendapat serangan jantung.
  • Hiperlipidemia merupakan peningkatan lipid (lemak) dalam aliran darah yang mana sebahagian besarnya terdiri daripada kolesterol dan trigliserida. Ianya diangkut semula ke dalam darah oleh pengangkut yang dikenali sebagai lipoprotein.
  • Terdapat tiga jenis lipoprotein di dalam badan manusia iaitu:
    • Lipoprotein berketumpatan rendah (Low density lipoprotein, LDL)
    • Lipoprotein berketumpatan tinggi (High density lipoprotein, HDL)
    • Trigliserida (TG)
  • Lipoprotein berketumpatan rendah atau LDL dikenali sebagai ‘kolesterol jahat’. Kolesterol -LDL yang berlebihan menyebabkan arteri tersumbat dan membawa kepada serangan jantung.
  • Lipoprotein berketumpatan tinggi atau HDL dikenali sebagai ‘kolesterol baik’. Paras HDL yang tinggi dalam darah dapat bertindak sebagai pelindung kepada serangan jantung.
  • Paras kolesterol darah dipengaruhi oleh makanan yang diambil dan kepantasan badan menghasilkan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL).

Objektif Pengurusan Pemakanan

  • Untuk mengurangkan paras lipid serum melalui pendekatan pemakanan, senaman dan penurunan berat badan.
  • Untuk menyediakan perancangan makanan dalam pengurusan penyakit kardiovaskular.


Faktor Risiko

Faktor risiko untuk hiperlipidemia termasuk:

  • Berlebihan berat badan atau obes
  • Diet
    • Tinggi lemak tepu dan kolesterol
    • Kurang pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan serat
  • Gaya hidup yang sedentari
  • Faktor genetik :
    • Familial Hypercholesterolemia : Paras LDL yang tinggi
    • Familial Hypertriglyceridemia : Paras trigliserida yang tinggi
    • Familial combined hyperlipidemia : Paras kolesterol, trigliserida atau keduanya tinggi dan HDL rendah.
  • Mengalami penyakit gangguan hormon seperti :
    • Kencing manis
    • Hipotiroidism
  • Penggunaan ubat-ubatan tertentu :
    • Pil perancang keluarga
    • Terapi hormon
    • Beta blockers untuk merawat penyakit kardiovaskular


Pengurusan Pemakanan dalam Hiperlipidemia

Tenaga

  • Anda harus tahu status berat badan semasa, tahap aktiviti fizikal dan sejarah pemakanan anda untuk menganggarkan keperluan tenaga harian. Adalah penting untuk merancang dan mengurus pengambilan kalori anda untuk mencapai berat badan yang disarankan.
  • Bagi individu dengan berat badan normal, keperluan tenaga harian anda adalah 30-35 kilokalori/ kg (berat badan)/ hari.
  • Anda perlu menggunakan nilai berat badan dan tinggi semasa untuk mengira Indeks Jisim Tubuh (IJT).
  • IJT yang normal adalah di bawah 25 kg/m2.
  • Rujuk selanjutnya di Pengurusan Berat Badan.

Karbohidrat

  • 1 gram karbohidrat membekalkan 4 kilokalori tenaga.
  • Jumlah pengambilan tenaga dalam sehari harus mengandungi 50-60% karbohidrat.
  • Individu yang mempunyai sindrom metabolik dengan paras trigliserida (TG) yang tinggi dan paras lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) yang rendah, perlu dipertimbangkan untuk mengurangkan 50% daripada pengambilan karbohidrat.
  • Anda perlu mengambil karbohidrat kompleks atau bijian penuh (sekurang-kurangnya 3 hidangan) seperti beras perang, roti mil penuh, capati, oat, bran, jagung dan bijirin penuh.
  • Contoh 1 hidangan karbohidrat kompleks adalah seperti berikut:

 

KuantitiBijirin, Bijian, Roti
½ cawanBeras
1 cawanBubur nasi
1/2 cawan or 1/3 mangkuk nasi cinaKueteow
Mi hun
Suhun
Spaghetti
Makaroni
1/3 cawan
1 keping (60 g)
1 keping (40 g)
1/2 keping
1/3 keping
1 keping (30 g)1 ketul (30 g)
1/2 ketul
1/2 ketul
1/4 cawan
Mi (basah)
Idli
Putu mayam
Tosai (diameter 20 cm)
Capati (diameter 20 cm)
Roti (mil penuh, tinggi gentian, putih/ perang) Plain roll
Roti burger
Roti pita (diameter 6”)
Bijirin oat (dimasak)
3 sudu makanOat (tidak dimasak)
1/4 cawanMuesli
3 sudu makanTepung (gandum, beras, atta)
3 kepingBiskut (tawar, tidak manis)
contohnya krim kraker
6 kepingBiskut kecil, nipis, bergaram
(4.5 x 4.5 cm)

 

Gula

  • Anda harus mengehadkan pengambilan gula kepada tidak lebih 15% daripada jumlah keperluan tenaga harian. Pengambilan gula yang tinggi untuk menggantikan lemak akan menurunkan paras HDL dan meningkatkan paras TG.
  • Anda disarankan agar mengehadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula seperti gula-gula, jem, minuman manis, kuih-kuih manis, kordial, biskut dan minuman berkarbonat.

Serat

  • Saranan bagi pengambilan serat adalah 20-30g sehari, di mana sekurang-kurangnya 6 gram adalah serat larut air.
  • Anda disarankan agar mengehadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula seperti gula-gula, jem, minuman manis, kuih-kuih manis, kordial, biskut dan minuman berkarbonat.
  • Saranan pengambilan minimum serat setiap hari adalah 3 hidangan sayur-sayuran dan 2 hidangan buah-buahan termasuk satu hidangan makanan daripada sumber bijian penuh. Peningkatan pengambilan serat larut air sebanyak 5 – 10g setiap hari dapat menurunkan paras LDL dalam anggaran 5%.
  • Oat, mil oat, bran oat, kacang, kekacang, barli dan buah-buahan sitrus mengandungi serat larut air. Oat pula mempunyai kandungan serat larut yang paling tinggi berbanding bijirin yang lain.
  • ½ cawan bran oat membekalkan 6 gram serat larut air sehari.
  • Rujukan selanjutnya di Keperluan Pemakanan bagi warga emas

Berikut adalah contoh kandungan serat yang terdapat dalam nasi dan produk bijirin yang lain, kekacang serta buah-buahan dan juga sayur-sayuran:


Bahan makanan
Saiz hidangan
Berat (g)
Jumlah serat (g)
Jambu batu tanpa kulit dan biji1 keping, kecil5916.0
Buah pir1 sederhana1664.0
Epal1 sederhana1383.7
Oren1 kecil1202.8
Pisang1 sederhana1002.4
Prun4 dengan biji282.0
Betik1 keping1001.8
Nenas1 keping1001.2
Tembikai susu1 keping1601.0
Tembikai1 keping1600.9
Keledek1 kecil1144.6
Pis (direbus )½ cawan682.8
Kentang1 sederhana1102.6
Jagung (Isi)1 tongkol, sederhana772.2
Tomato1 – 3” diameter2002.2
Lobak merah½ cawan622.0
Bayam½ cawan721.7
Bendi½ cawan641.6
Kubis½ cawan601.4
Jagung (tin)½ cawan661.2
Kailan½ cawan521.1
Timun6 hiris (1/8” tebal )500.4
Roti, gandum penuh1 keping281.3
Roti berkismis1 keping281.2
Nasi, perang½ cawan511.0
Emping jagung1 cawan231.0
Roti, putih1 keping250.6
Beras, putih½ cup510.2
Kacang merah (tin)½ cawan1027.7
Kacang dal½ cawan806.3
Kacang kuda½ cawan665.6
Kacang tanah½ cawan584.8
Kacang soya½ cawan724.4
Kacang panggang½ cawan953.8

 

Protein

  • 1 gram protein membekalkan 4 kilokalori tenaga.
  • Keperluan harian protein anda adalah 15% daripada jumlah pengambilan tenaga. Ini adalah bersamaan dengan 0.8-1.0g protein bagi setiap 1 kilogram berat badan sehari.
  • Ikan seperti Kembung, Tenggiri, Kurau, Siakap, Tilapia dan Keli boleh dimakan mengikut saranan iaitu sebanyak 2 hingga 3 hidangan sehari.
  • Hanya pilih daging/ kerbau/ kambing/ khinzir tanpa lemak.
  • Buangkan kulit dan lemak daripada ayam/ itik. Elakkan bahagian kepak, kaki dan bahagian lain yang berlemak.
  • Anda harus mengehadkan pengambilan kuning telur kepada tidak lebih daripada 2 biji seminggu kerana setiap kuning telur mengandungi 215 mg kolesterol.
  • Tingkatkan pengambilan kekacang, soya dan produk soya untuk menggantikan protein haiwan. Kacang yang tinggi kandungan lemak tak tepu boleh dimakan beberapa kali seminggu. Contoh 1 hidangan protein daripada daging, ikan, kacang atau kekacang seperti berikut :

 

Daging tanpa lemak dan kekacang
Kuantiti
Ayam (raw, tanpa kulit)
Lean meat
Poultry (young)
Telur (ayam)
Soya bean curd (taukua)
Soya bean curd (soft, tauhoo)
Fucuk
Tempe
1/2 ketul paha
1 hidangan kecil (40 g)
40g mentah / 30g dimasak
1 biji sederhana
1/2 keping (60 g)
3/4 keping (90 g)
11/2 keping (30 g)
1 keping (45 g
Ikan, Kerang-kerangan
Kuantiti
Ikan (contohnya ikan kembung, selar)
Kutlet ikan
Sotong
1/2 keping (40 g)
1/4 keping (40 g)
1 sederhana (40 g)
Isi ketam
Isi udang kara
Isi udang
1/4 cawan
Kerang
Udang
20 kecil
6 sederhana
  • Anda perlu ambil 1-2 hidangan produk tenusu setiap hari. Pilih susu dan produk susu rendah lemak atau tanpa lemak (skimmed milk). Walau bagaimanapun, saranan ini tidak termasuk susu pekat manis, susu sejat atau krim bukan tenusu.
    Contoh 1 sajian produk tenusu adalah seperti berikut :
Susu
Kuantiti
Susu lembu segar
Susu segar UHT
Susu tepung (skim, penuh krim)
Dadih (biasa/ rendah lemak)
Susu cair /sejat (kurang manis)
1 cawan (240 ml)
1 cawan (240 ml)
4 sudu makan atau or 1/3 cawan
3/4 cawan
1/2 cawan

Lemak dan kolesterol

  • 1 gram lemak membekalkan 9 kilokalori tenaga.
  • Keperluan harian lemak anda adalah 25% – 30% daripada jumlah pengambilan tenaga.
  • Walau bagaimanapun, pengambilan lemak seharusnya tidak boleh kurang daripada 25% jumlah pengambilan tenaga kerana ini akan menyebabkan berlakunya pengambilan karbohidrat yang berlebihan. Keadaan ini mungkin mengakibatkan paras TG meningkat dan paras kolesterol HDL menurun.
  • Lemak dikelaskan kepada tiga kumpulan utama bergantung kepada struktur kimia iaitu lemak tepu, lemak tak tepu [(termasuklah poli tak tepu, mono tak tepu dan asid lemak trans (lemak yang berubah secara kimia dalam pemprosesan makanan)].
    • Asid lemak poli tak tepu (Polyunsaturated Fatty Acid, PUFA)
      • Keperluan SFA adalah 7% – 10% daripada jumlah pengambilan tenaga. Diet yang tinggi kandungan asid lemak tepu akan meningkatkan paras LDL serum.
      • Kurangkan pengambilan sumber SFA seperti minyak sapi, mentega, lemak sayuran, lemak daging, lemak khinzir, serbuk koko dan produk tenusu penuh krim.
      • Santan merupakan salah satu penyumbang utama dalam pengambilan asid lemak tepu. Hadkan hidangan yang mengandungi santan
    • Asid lemak poli tak tepu (Polyunsaturated Fatty Acid, PUFA)
      • Keperluan PUFA adalah 5% – 7% daripada jumlah pengambilan tenaga.
      • Keperluan PUFA adalah 5% – 7% daripada jumlah pengambilan tenaga.
      • Minyak jenis ini tidak disyorkan digunakan untuk menggoreng disebabkan komposisi kimianya dan titik pengasapan yang rendah.
    • Asid lemak mono tak tepu (Monounsaturated Fatty Acid, MUFA)
      • Keperluan MUFA adalah 12% – 15% daripada jumlah pengambilan tenaga.
      • Kebanyakan sumber MUFA adalah daripada sayur-sayuran termasuklah minyak tumbuhan (kanola, zaitun, kacang tanah) dan kacang.
      • Minyak jenis ini sesuai diguna untuk menggoreng.
    • Asid Lemak Trans (Trans Fatty Acid, TFA)
      • Pengambilan TFA seharusnya kurang daripada 1% jumlah pengambilan tenaga.
      • Kebanyakan TFA dihasilkan dalam proses penghidrogenan minyak makan tinggi-PUFA secara komersial. Proses ini “mengeraskan” minyak pada suhu tinggi dalam kehadiran pemangkin logam untuk menjadikan lemak pepejal dan digunakan dalam penghasilan produk makanan (contoh lemak sayuran, marjerin, minyak sapi, lemak bakeri dan sebagainya).
  • Pengambilan kolesterol seharusnya kurang daripada 300mg/ hari. Rujukan selanjutnya di hiperkolesterolemia.

Natrium

  • Anda harus mengambil kurang daripada 2400mg natrium atau 6g natrium klorida (garam) sehari.
  • 2400mg natrium adalah bersamaan dengan 1 sudu kecil garam.
  • Pengambilan garam yang rendah boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, manakala pengambilan garam yang tinggi dikaitkan dengan peningkatan tekanan darah.

Alkohol

  • Pesakit hiperlipidemia harus mengelakkan pengambilan alkohol dalam diet seharian.
  • Saranan pengambilan alkohol adalah kurang daripada 2 unit sehari. Satu unit sehari adalah bersamaan dengan 5 auns wain, 12 auns bir atau 11/2 auns wiski proof 80.
#infokesihatan #myhealth #kkm #rajabekam

No comments:

Post a Comment