Tekanan Darah Tinggi / Hipertensi
Hipertensi atau Tekanan Darah Tinggi adalah penyakit senyap yang boleh membawa kepada komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi II menunjukkan prevalens sebanyak 24% untuk penyakit ini.
Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?
Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam di mana ia menguncup dan berehat. Tekanan Darah adalah dalam dua bacaan contohnya 140/75
- Tekanan sistolik – bilangan yang lebih tinggi (140 seperti contoh)
- Tekanan darah diastolik – bilangan yang lebih rendah (75 seperti contoh)
Bacaan Tekanan Darah
Kategori Tekanan Darah Tinggi | Tekanan Darah Systolic(Angka bacaan di atas)mmHg | Tekanan Darah Diastolic(Angka bacaan di bawah)mmHg |
---|---|---|
Optima | < 120 | And < 80 |
Normal | < 130 | < 85 |
High Normal | 130 – 139 | 85 – 89 |
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1 | 140 – 159 | or 90 – 99 |
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2 | 160 – 179 | or 100 – 109 |
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 3 | ? 180 | ? 110 |
Hipertensi Sistolik sahaja | Tekanan Darah Systolic(Angka bacaan di atas)mmHg | Tekanan Darah Diastolic(Angka bacaan di bawah)mmHg |
---|---|---|
Peringkat 1 | > 140 – 159 | < 90 |
Peringkat 2 | > 160 | < 90 |
Mengapa penting mengukur tekanan darah secara berkala?
Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.
Pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung. Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke klinik pesakit luar, kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.
Apakah kesan hypertensi/tekanan darah tinggi?
Di antara kesan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
- Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada keluarga anda dan kerja anda.
- Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi
Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?
90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala 10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.
- Sebab yang tidak diketahui (90%)
- Sebab sekunder (10%)
- Penyakit buah pinggang
- Penyakit sistem endokrin
- Penyakit pembuluh darah
Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?
Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.
Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
- Cara hidup tidak aktif
- Umur melebihi 35 tahun
- Merokok
- Kegemukan
- Paras kolesterol tinggi
- Sejarah keluarga
- Pengambilan alkohol yang berlebihan
- Pengambilan garam yang tinggi
Tanda dan Gejala
- Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
- Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
- Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
- Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.
Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.
No comments:
Post a Comment