Thursday, March 10, 2022

Tarikh bekam sunnah bulan March

 



WAKTU, HARI DAN TARIKH BERBEKAM


WAKTU BERBEKAM
Bekam Sunnah dan sihat boleh dilaksanakan pada bila-bila waktu tetapi yang terbaik adalah di 
siang hari, antara jam 2 petang hingga 3 petang seperti yang dicatatkan dalam penulisan Ibnu 
Sina. Namun, anda boleh memilih masa berbekam mengikut kelapangan masa anda sendiri, 
dan pemilihan waku terbaik tadi sangat dianjurkan untuk anda yang mempunyai penyakit.

HARI BERBEKAM
Terdapat beberapa hadis berkaitan dengan hari-hari berbekam, yang sebahagiannya menceritakan
tentang hari-hari yang sangat dianjurkan berbekam, dan hari yang sangat tidak digalakkan untuk 
berbekam. Terdapat juga hadis-hadis yang dha’if mengenai hari dan waktu berbekam, dan kita perlulah 
bijaksana dalam memilihnya.

Sangat digalakkan : Isnin, Selasa, Khamis  
Tidak digalakkan  :  Rabu

Ia hanya garis panduan untuk mendapatkan kesan yang optimum kepada tubuh badan. Namun anda 
boleh berbekam pada bila-bila waktu dan hari mengikut kelapangan waktu anda, dan pemilihan hari 
terbaik tadi sangat dianjurkan untuk anda yang mempunyai penyakit.

TARIKH BERBEKAM

Terdapat banyak hadis berkaitan tarikh-tarikh terbaik untuk berbekam, dan saya menemui hadis yang 
sahih (takhrij Albani dalam Sahih al’Jami’, tetapi hasan menurut Tirmizi) berkaitan perkara ini. Tarikh 
terbaik untuk berbekam ialah 17, 19 dan 21 haribulan setiap bulan kalendar Hijriyah. Namun, anda 
boleh memilih tarikh berbekam mengikut kelapangan masa anda sendiri, dan pemilihan tarikh terbaik 
tadi sangat dianjurkan untuk anda yang mempunyai penyakit.

No comments:

Post a Comment