Apakah sakit kepala migrain dan bagaimana cara mencegah dan merawat migrain?
Apa itu migrain?
Migrain adalah salah satu jenis sakit kepala dalam ketegori (Primary headache). Ia adalah sakit kepala yang kerap berlaku kepada manusia. Masalah ini lebih kerap berlaku kepada golongan wanita berbanding lelaki, dimana nisbah perbandingan adalah 3:1 serta mempunyai hubung kait yang kuat dengan genetik. Ini bermakna, seseorang itu lebih berisiko untuk menghidap masalah ini sekiranya mempunyai ahli keluarga terdekat yang menghidapnya.
Punca migrain
Sehingga kini, penyebab migrain masih tidak dapat dikenal pasti. Namun begitu, dalam 50% penghidapnya, pencetus gejala ini dapat dikenal pasti.
Antara faktor pencetus migrain adalah:
- Makanan
Berkafaen: Coklat, kopi, teh
Alcohol
Mengandungi tyramin: Keju, yogurt, kekacang
- Persekitaran
Rokok
Bunyi bising
Cahaya terang seperti dari skrin computer atau TV
- Ubat ubatan
Pil perancang kehamilan
Ubat tidur
Pil yang mengandungi hormon
- Psikologi
Kemurungan
Tekanan
Cemas
Marah
Migrain hujung minggu – berlaku ketika keadaan relaks dan tenang
- Lain-lain
Berbaring sepanjang hari
Sebelum haid
Perjalanan jauh
Senaman
Orgasma
Selain itu, masalah sakit kepala jenis ini turut mempunyai kaitan dengan masalah obesiti dan keturunan keluarga.
Gejala migrain
Gejala penyakit ini boleh dibahagikan kepada beberapa fasa, tetapi tidak semua pesakit mengalami kesemua fasa-fasa tersebut.
1) Prodrome – Fasa ini berlaku dalam sehari atau dua hari sebelum serangan sakit kepala berlaku. Biasanya pesakit akan menyedari perubahan kecil pada diri mereka seperti:
Mengalami masalah sembelit
Kerap menguap
Mengidam sesuatu
Perubahan emosi
Perubahan pola tidur
Lebih dahaga dan kerap buang air kecil
2) Aura – Fasa kedua berlaku semasa atau sebelum sakit kepala berlaku. Fasa ini membahagikan migrain kepada dua kategori iaitu:
Migrain dengan aura
Migrain tanpa aura – kebanyakan penghidap sakit kepala jenis ini adalah dalam kategori ini
Sekiranya seseorang itu menghidap masalah ini dengan aura, dia akan mengalami simptom gangguan visual, deria sentuhan, pergerakan, atau percakapan.
Visual – Aura yang paling biasa berlaku. Selalunya pesakit mendapat gangguan pengelihatan, seperti pandangan menjadi kabur, berombak, bergaris zigzag atau berbintik.
Deria sentuhan (Somatosensory) – terasa kebas yang merebak dari jari hingga ke muka (Parasthesia).
Pergerakan (Motor) – Kesukaran bercakap seperti bercakapan tidak jelas (Dysarthria), tidak boleh berdiri tegak kerana tidak stabil (ataxia), tidak boleh menggerakkan bebola mata (ophthalmoplegia) atau lemah sebahagian tubuh (Hemiparesis).
Percakapan – Tidak boleh mengeluarkan percakapan, memahami percakapan orang lain (Dysphasia), atau tidak boleh menyusun ayat dengan betul serta mengeluarkan ayat yang tidak mempunyai maksud (Paraphasia).
3) Serangan (Attack) – Fasa ketiga dalam gejala ini adalah serangan sakit kepala yang selalunya berlaku pada sebelah bahagian kepala sahaja. Namun ia juga boleh menyebabkan sakit pada kedua-dua bahagian. Sakit kepala yang menyerang adalah berdenyut dan menyebabkan penghidapnya lebih sensitif terhadap cahaya, bunyi, bau dan sentuhan. Penghidap masalah ini juga boleh mengalami mual atau muntah, pitam dan boleh hilang sedar. Tanpa sebarang rawatan, sakit kepala yang dialami boleh menyerang sehingga selama 72 jam. Pesakit juga boleh mengalami (Allodynia), dimana sebarang stimuli menyebabkan kesakitan. Pesakit yang mengalami masalah ini akan mengadu tidak boleh menyikat rambut atau bercukur apabila serangan berlaku.
4) Post-drome – Selepas fasa serangan, pesakit akan berasa letih dan kehilangan tenaga. Segelintir penghidapnya akan merasa lebih gembira (Elated) selepas pulih dari sakit kepala. Dalam tempoh 24 jam, simptom lain yang boleh berlaku adalah kekeliruan, kemurungan, pening, lemah, dan sensitif terhadap cahaya dan bunyi.
Diagnosis penyakit migrain
Diagnostik penyakit migrain adalah berdasarkan maklumat dari pesakit dan pemeriksaan secara klinikal. Aura adalah salah satu kriteria diagnostik penyakit ini, sekiranya tiada aura, seseorang itu dilabel sebagai penghidap migraine sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut:
5 episod atau lebih sakit kepala selama 4-72 jam + mual atau muntah atau sensitif terhadap bunyi atau cahaya + 2 dari simtom berikut:
Sakit kepala pada sebelah bahagian sahaja
Berdenyut
Mengganggu aktiviti harian atau semakin teruk apabila menjalani aktiviti harian
Doktor haruslah mendapatkan maklumat terperinci daripada pesakit dan menjalankan pemeriksaan seperti neurologi atau melakukan ujian darah atau pengimejan sekiranya perlu bagi memastikan sakit kepala yang dihadapi oleh pesakit tidak berpunca dari perkara yang lebih serius.
Rawatan dan cara mencegah migrain
Cara merawat migrain:
- Ubat-ubatan:
Triptan yang diambil secara makan bersama NSAIDs atau paracetamol – Triptan tidak sesuai bagi pesakit jantung atau darah tinggi yang tidak terkawal serta boleh berinteraksi dengan ubatan lain seperti ubatan bagi masalah mental. Oleh itu, ubat ini haruslah diambil dengan priskripsi doktor bertauliah sahaja
Ubat tahan muntah (anti-emetics) – ia juga boleh membantu meskipun pesakit tidak mengalami simptom mual atau muntah
Selain itu, bagi wanita yang menghidap masalah ini sebelum menstruasi boleh dibantu dengan ubatan yang diambil pada hari yang dikenalpasti akan berlakunya migrain dengan mengira tarikh menstruasi berdasarkan kitaran haid.
- Bukan ubatan:
Menuam pad pemanas atau pad sejuk pada kepala
Bernafas di dalam beg kertas – karbon dioksida boleh membantu mengurangkan sakit kepala
Supplement riboflavin
Bagi pesakit yang tidak boleh mengambil ubatan atau tidak sembuh dengan ubatan, terdapat sesetengah pengamal perubatan yang menyarankan sesi akupunktur untuk membantu pesakit.
Bagi wanita yang mengambil pil perancang kehamilan, jenis pil yang sesuai haruslah dirujuk kepada doktor sakit puan anda sekiranya pil yang anda ambil menyebabkan masalah ini.
Cara mencegah migrain:
- Ubat-ubatan: Ubat prophylaxis- Propanolol, Topiramate, Amitripyline
Ubat-ubatan ini mempunyai kesan sampingan seperti membahayakan kandungan terutamanya bagi topiramate. Oleh itu, ia haruslah diambil atas nasihat doktor sahaja.
- Bukan ubatan:
Menghindari pencetus yang telah dikenal pasti
Memastikan sakit kepala bukan disebabkan oleh pengambilan ubat tahan sakit yang berlebihan. Sekiranya ia disebabkan oleh perkara ini, pesakit perlu berhenti dari pengambil ubat tahan sakit tersebut selama sebulan.
Selain yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa jenis lain yang jarang berlaku iaitu:
Abdominal migrain
Serangan berbentuk sakit perut yang terjadi dalam beberapa jam selalunya berlaku kepada kanak-kanak
Ocular migrain
Masalah bertumpu pada bahagian mata sehingga menyebabkan hilang sebahagian atau keseluruhan pengelihatan atau menyebabkan masalah pergerakan mata
Hemiplegic migrain
Mempunyai ciri sakit kepala berserta dengan lemah sebahagian badan. Ia seakan akan strok dan sering mengelirukan.
Bassilar type migrain
Simptom sakit pada belakang kepala berserta aura yang abnormal seperti menjadi buta seketika, melihat imej berganda, pengelihatan berpusing, pendengaran berdengung, dan pertuturan tidak jelas.
Point bekam adalah ummu mughits dan akhda'ain
Sumber https://www.doctoroncall.com.my/migrain#show
No comments:
Post a Comment