Monday, May 17, 2021

Selamat Hari Raya Aidilfitri

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

     Pada Syawal ke 5 ni, tidak terlewat untuk team Raja Bekam mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin tulus ikhlas dari kami. Walaupun kemeriahan suasana Hari Raya kali ini tidak seperti tahun belum munculnya wabak covid ini tetapi ia cukup memberi kegembiraan serta kemenangan setelah kita berpuasa selama sebulan. Walaupun tidak dapat menziarahi saudara mara yang berada jauh namun ikatan kekeluargaan tetap dapat diikat dengan membuat panggilan samada melalui telefon ataupun video.


    Disamping kegembiraan yang telah terpancar di wajah masing-masing janganlah lupa dengan saudara muslim kita yang berada di Palestin yang berjuang setiap tahun demi mempertahankan kedaulatan masjid ke-3 umat Islam iaitu Masjid Al-Aqsa serta mempertahankan negara mereka. Kami Dari team Raja Bekam mendoakan agar mereka diberikan kekuatan menentang musuh.


     Walaupun PKP masih dijalankan di Negara ini kami beroperasi kedai seperti biasa iaitu buka hari isnin hingga sabtu dari pukul 9 pagi hingga 5,30 petang. Kami mengamalkan SOP yang ketat yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Jika anda tidak boleh merentas negeri/daerah kami menyediakan sistem pemesanan pos anda boleh membeli melalui Whatsapp,Facebook,Website,Shopee mahupun Lazada.


       Diakhir ini saya mewakili Team Raja Bekam ingin mengucapkan Selamat Hari Raya maaf sekiranya sepanjang Raja Bekam beroperasi kami ada melakukan kekhilafan. 10 jari kami susun andai ada tersalah bahasa. Terima Kasih kami ucapakan.

No comments:

Post a Comment