WAKTU SESUAI BERBEKAM
- Bila kita sudah betul betul bersedia untuk dibekam secara mental dan fizikal.
- Waktu mana badan tidak lemah akibat demam misalnya atau terlalu penat akibat penyakit tertentu.
- Waktu siang hari bermula jam 10 pagi hingga 5 petang (waktu Sabah). Waktu terbaik sekitar jam 12 hingga 3 petang bila mana cuaca dan darah tengah panas. Waktu malam tidak sesuai berbekam bila mana aktiviti badan dah mula menurun dan cuaca mulai sejuk dan gelap. Aktiviti makhluk yang tidak kelihatan juga meningkat pada malam hari terutama di kawasan yang adanya bau darah manusia. Beringat sebelum tersampuk atau kerasukan.
- Perut yang kosong sekurang-kurangnya 2 jam sebelum berbekam..cth: kalau cadang mahu berbekam jam 12, jam 10 adalah terakhir kalau mahu makan atau sarapan yg berat.
- Tidak dalam keadaan tergesa-gesa @ stress.
- Kalau dalam kalendar bulan Islam (Hijrah), terbaik pada 17, 19 dan 21 haribulan setiap bulan. Cth: 19 hb Syawal..tetapi kalau dalam keadaan tekanan darah yg agak tinggi atau penyakit tertentu yg perlu SEGERA dibekam, boleh sahaja dibekam tanpa perlu menunggu tarikh tarikh 17, 19 dan 21 itu demi utk mengelakkan kemudaratan yang lebih BESAR seperti terkena STROK.
INFO TAMBAHAN UNTUK DAPATKAN KESAN TERBAIK BERBEKAM
- Tidak terus mandi selepas selesai berbekam. Paling cepat kalau terpaksa mandi juga ialah sekitar 5 hingga 7 jam selepas berbekam. Ini demi mengelakkan daripada luka bekam terbuka dan kembali berdarah yang seterusnya memungkinkan jangkitan di rumah. Mandi keesokan paginya adalah terbaik.
- Mengambil minuman seperti susu kambing segar ataupun madu asli setelah selesai berbekam sebelum menjamah makanan lain yang berat. Ini demi mengembalikan tenaga badan dan semangat serta mempercepatkan proses pemulihan keseimbangan DARAH serta aktiviti metabolisma badan. Biasa badan orang yang baru dibekam agak lemah sedikit selepas sesi bekam selama 1 jam dan pening pening. Ini cuma masa transisi sebelum badan menjadi amat SEGAR DAN RINGAN. Jadinya madu asli atau susu kambing segar sangat penting di sini.
- Tidak melakukan hubungan SEKS suami isteri selama 3 hari selepas berbekam. Ini akan memberikan tenaga badan yang secukupnya bagi pelbagai proses detoks, metabolisma, dan lain lain selepas berbekam sebelum kesihatan dan aktiviti tubuh badan meningkat ke tahap yang paling efisien dan optimum.
No comments:
Post a Comment