Thursday, December 17, 2020

Kursus Al Fasdu akan diadakan pada 2 Januari 2021

Assalamualaikum,

     Harini kami nak membincangkan rawatan fasdu.Di Malaysia, rawatan ini kurang dibuat kerana banyak risiko. Untuk perawat yang ingin melakukan rawatan fasdu hendaklah benar-benar mahir. Disini juga kami ingin membuat kursus rawatan fasdu kepada sesiapa yang berminat. Dibawah ada penerangan tentang fasdu.

DEFINISI FASDU


1. Sekarang kita akan melihat pula kepada definisi fasdu.
2. Hal ini sangat penting, kerana ada pihak yang jahil akan hal ini, konsep fasdu pun tidak jelas di mindanya, namun mereka bercakap tentang fasdu secara negatif.
3. Jadi, saya akan terangkan secara ringkas apa itu fasdu berdasarkan ilmu dan pengalaman saya dalam bidang perubatan, yang mana pada tahun ini genaplah 10 tahun saya terlibat dalam bidang ini, Alhamdulillah.
4. Perkataan fasdu berasal daripada bahasa Arab. Fasdu ialah maṣdar (Kata Nama Kerja) bagi kalimah faṣada (فصد).
5. Secara literalnya menurut kamus Lisanul Arab, fasdu bererti “menebuk urat darah”.
6. Menurut kamus Idris Al-Marbawi pula, fasdu didefinisikan sebagai “buang darah”.
7. Ibnu Sina mentakrifkan fasdu melalui kitabnya Al-Qanun Fit Tibb seperti berikut;
“Fasdu ialah pengosongan umum (istifrāgh kulliyy) yang mengosongkan lebihan
Lebihan ialah pertambahan akhlāṭ(humor/cecair tubuh) yang melebihi [had] keseimbangannya dalam salur darah.”
8. Kesimpulannya, fasdu ialah proses penebukan salur darah yang bertujuan membersihkan tubuh daripada “darah toksik”.
9. Apa itu darah toksik? Darah toksik ialah darah yang boleh menyebabkan penyakit, atau boleh juga disebut sebagai “darah patogenik”.

Jika berminat dengan rawatan fasdu boleh sertai sekarang


Jika berminat klik link dibawah

                                           



No comments:

Post a Comment