Wednesday, September 30, 2020

Bagaimana cara untuk mendapatkan kad Ahli Raja Bekam?

 Asssalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

          Harini dah masuk bulan Oktober. Tahun 2020 hampir tamat tapi jangan lupa kita masih belum lagi berjaya menentang Covid19. Diharap semua pembaca ini menjaga kesihatan dan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Semoga wabak ini dapat dihentikan di seluruh dunia.

          Sebenarnya, masih ramai yang tak tahu bagaimana untuk mendaftar sebagai Member di Raja Bekam. Jika anda belum menjadi member di Raja Bekam pelbagai faedah anda akan dapat. Cara untuk mendaftar member anda cuma perlu membeli barangan alat bekam di Raja Bekam sebanyak RM300 keatas dalam satu resit dan anda terus layak menjadi Ahli.

           Anda perlu mengisi borang ahli yang akan diberikan oleh jurujual dan terus mendapat diskaun serta merta. Selepas itu, pihak kami akan memberi kad ahli e-card melalui whatsapp dalam masa 1-3 hari waktu bekerja. Anda hanya perlu menunjukkan e-card semasa anda ingin membeli barang bekam pada masa hadapan.  Jangan risau kerana kad ahli ini tidak mempunyai tarikh luput dan tiada yuran tahunan dikenakan.


           Selain itu, penggunaan kad ini juga boleh digunakan jika anda ingin menyertai sebarang kursus yang dianjurkan oleh Raja Bekam. Jika anda bekas pelajar kursus di Raja Bekam anda layak untuk mendapatkan kad ahli ini. 

           Disini juga saya ingin menwar-warkan jika anda ingin menyertai kursus bekam anda kena cepat mendaftar kerana setiap sesi cuma 12 orang sahaja yang boleh menyertai. 

           Kursus yang akan diadakan pada bulan Oktober adalah seperti berikut:-

            Kursus Bekam 3 & 4 Oktober 2020  (Penuh)

            Kursus Bekam 24 & 25 Oktober 2020 (Hampir Penuh)

            Kursus Urutan dan Asas Kiropraktik 31 Oktober & 1 November 2020 (Hampir Penuh)

            Kursus Bekam 21 & 22 November 2020


           Untuk mendaftar kursus sila hubungi Maria 012 333 4741

           Alamat Kursus

           No 5-2, Jalan Nangka off Jalan Pasar, 41200 Klang( Landmark Masjid DiRaja Klang, Maybank)

No comments:

Post a Comment