Monday, June 1, 2020

Punca-punca masalah migrain

PUNCA MIGRAIN

MIGRAIN antara penyebab kepada sakit kepala yang berulang. Kadangkala ia boleh dielakkan dan ada ketika perlu melalui 'teknik' tertentu untuk mengelakkannya.

Pun begitu, migrain barangkali boleh berlaku lebih kerap jika adanya faktor pencetus:

1. Makanan:

Alkohol, buah-buahan sitrus, kafein (kopi, teh), makanan yang mengandungi tyramine (keju, yogurt, kacang dan sebagainya)

2. Persekitaran:

Merokok atau bilik yang berasap rokok, cahaya terang seperti skrin yang terang atau cahaya yang berkelipan dari televisyen, bunyi bising dan bau yang kuat contohnya minyak wangi.

3. Psikologi:
 Kemurungan, cemas, marah, keletihan, tekanan dan sebagainya. Sesetengah serangan sakit kepala tidak berlaku semasa pesakit mengalami tekanan, tetapi berlaku apabila pesakit berada dalam keadaan yang relaks, sepertimana yang dipanggil ‘migrain hujung minggu’ (weekend migraine).

4. Ubat-ubatan:
Rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan ubat perancang keluarga.

5. Lain-lain:
Haid, pertukaran masa tidur, putus haid

Namun begitu kesan daripada faktor-faktor di atas mungkin tidak sama bagi semua pesakit, contohnya untuk sesetengah pesakit serangan migrain tidak menjadi lebih kerap walaupun mereka mengambil keju dan coklat.

5 soalan popular mesin bekam kepala
https://youtu.be/ckrD4982ZRo

#infokesihatan
#rajabekam

No comments:

Post a Comment