Cup bekam hansol salah satu cup bekam yang paling tahan lasak dan boleh rebus bagi membunuh kuman dan bakteria. Harus diingat, ia bukanlah rebusan seperti kita merebus daging berjam-jam untuk melembutkannya, ia hanyalah rebusan beberapa minit untuk membasmi kuman, bukan bertujuan melembutkannya.
Jika anda merebus cup hansol sammora paling besar, elakkan merebus anak cup yang berada dibahagian dalam tersebut. Cabut terlebih dahulu sebelum merebusnya. Ini kerana bahagian tersebut tidak tahan lasak dan agak nipis kualitinya. Jika direbus, memang ianya mudah menjadi lembut berbanding bahagian luar cup.
Selain cup menjadi lembut, aktiviti merebus cup bekam juga boleh memudarkan cup tersebut. Ia tidak lagi nampak kilat bercahaya seperti sebelum ini. Awas! jika cup terjatuh, bahagian paling sensitif adalah dibahagian punat kepalanya. Kebarangkalian cup jadi sumbing begitu besar sekali. Oleh itu, berhati-hatilah dalam mengendalikan cup bekam anda ketika mencuci atau mengeringkannya.
Beginilah keadaan cup bekam hansol saiz paling besar yang baru yang biasa digunakan untuk bekam angin. Jika anda hanya menggunakan cup ini untuk bekam angin, cuci biasa menggunakan sabun. Tidak perlu direbus yea.. :)
No comments:
Post a Comment