Sunday, February 4, 2018

KEUNIKAN ILMU GERAK










TIADA HAD GUNA DAN TIDAK TERIKAT MASA

Keunikan yang lain adalah Ilmu Gerak tidak hanya sekadar terhad kepada menggunakannya dalam bidang perawatan. Ia boleh juga dikembangkan menurut keserasian pengamalnya dalam bidang yang dimahiri masing-masing atau menurut kecenderungan individu. Hal ini sesuatu yang tidak asing bagi setiap pengamal.

Berdasarkan pengalaman, setiap orang yang diijazahkan dengan Ilmu Gerak tidak memiliki kelebihan yang sama. Namun setiap dari pengamal yang diijazahkan oleh penulis, mereka sudah tentu akan memiliki kemahiran merawat kerana mereka dibimbingi secara khusus oleh penulis menurut disiplin ilmu rawatan sebagaimana yang telah dipakari penulis.

Ada di antara penuntut yang selepas diijazahkan, mereka berkemampuan untuk melakukan terawangan (meraga sukma) dalam urusan merawat sedangkan kebanyakan penuntut yang lain tidak dapat melakukannya. Ini adalah faktor kecenderungan disebabkan memang wujud manusia yang berkebolehan ke arah pengaplikasian rohani sejak kecil.



Orang-orang seperti ini jika akalnya tajam, mereka boleh mewujudkan disiplin ilmu yang khusus untuk melakukan terawangan menurut pengalamannya sehingga penuntut yang lain juga dapat melakukannya jika menuruti disiplin ilmu tersebut. Dalam hal ini pengijazahan Ilmu Gerak adalah sebagai menekan butang ‘switch on’ bagi menghidupkan potensi dirinya yang sebenar.

Selain daripada itu Ilmu Gerak juga boleh digunakan di dalam bidang urutan dan persilatan sebagai mempertajamkan lagi kepekaan dan kemahiran sehingga ke tahap optimum. Ilmu Gerak justeru dapat memberi nilai tambah yang luar biasa. Dalam hal ini kita meletakkan keyakinan kepada Allah s.w.t yang bersifat Maha Berilmu yang dengan bermohon kepada-Nya setiap pengkabulan adalah melalui daya roh. Maka dengan itu orang yang tak pandai berurut boleh berurut dan orang yang tak pandai bersilat boleh bertari langkah dan sebagainya.

Hal ini terbukti melalui pengalaman di mana beberapa penuntut yang mengalami sakit-sakit pada badan disebabkan melakukan kerja-kerja rutin harian datang mengadu maka penulis menyarankan agar mereka melegakan dengan melakukan beberapa gerakan senaman melalui Ilmu Gerak. Mereka menuruti lalu pulih dan segar.

Satu pengalaman yang penulis lalui suatu ketika dahulu apabila ada penuntut yang mengadu tentang sakit pada bahagian pinggang yang beliau alami sudah terlalu lama. Penulis sarankan beliau berdoa agar didatangkan pergerakan senaman yang dapat merawat pinggangnya yang sakit itu. Semasa mempraktikkannya di rumah, beliau menuruti setiap pergerakan sehingga pergerakan itu menyebabkan pinggangnya berderap beberapa kali dan kesakitan pada pinggangnya menjadi lega.


Pengamal Ilmu Gerak juga tidak menghadapi masalah untuk mengaplikasinya pada bila-bila masa sebab keadaan roh sentiasa ada bersama diri walau di mana manusia berada. Tidak seperti pengamal ilmu kebatinan berasaskan jin yang terpaksa akur dengan kekurangan dan kekangan jin dampingannya. Hal ini hakikatnya bukanlah perkara yang aneh sebab jin juga adalah makhluk yang lemah dan serba kekurangan sebagaimana makhluk ciptaan Tuhan yang lain.

Pernah suatu ketika salah seorang kenalan datang kepada penulis menceritakan tentang buntat lipan. Beliau mengatakan kenal dengan seseorang yang boleh mengambilnya dari alam ghaib. Orang yang dimaksudkan adalah seorang perempuan yang beiau gelar sebagai Bonda.

Menurut beliau, barang-barang yang diperagakan dihadapan penulis adalah semuanya berasal dari alam ghaib. Penulis dapat melihat antara barang-barang yang diperagakan adalah batu cincin, batu serai, duit kertas dari bank alam bunian, keris kecil dan sebagainya. Beliau begitu menjaganya dengan cermat.

Menurut beliau lagi, keistimewaan buntat lipan adalah ‘tembus pandang’ yakni jika seseorang dapat memilikinya, ia bakal dapat melihat objek-objek yang terlindung atau yang disembunyikan. Beliau mahukan buntat lipan tersebut dalam masa terdekat sebab menurut beliau, Bonda tidak dapat melakukan ritual ‘tarik barang’ pada bulan Ramadhan sebab orang-orang ghaib menunaikan umrah pada bulan tersebut.

Begitu juga dengan cerita-cerita seakan sama yang pernah penulis dengar bahawa ada di antara pengamal-pengamal perubatan yang menolak merawat pada bulan Ramadhan kerana mendakwa sahabat Rijalul Ghaibnya menunaikan umrah. Tidak kurang juga dengan perawat yang tidak dapat memulakan proses rawatan disebabkan sahabat jin dampingannya tidak mahu hadir sebelum segala syarat-syarat yang ditetapkan dipenuhi terlebih dahulu.

Demikian contoh-contoh yang dapat dikongsikan sebagai perbandingan untuk menilai betapa terhadnya fungsi ilmu kebatinan berasaskan dampingan jin jika diamalkan berbanding keilmuan Ilmu Gerak yang tiada had guna dan terikat masa.
----------------------------------------------------------
Dapatkan buku ilmu gerak ini disini


DAFTAR KURSUS PENGIJAZAHAN ILMU GERAK (11 feb 2018)



Info lanjut, sila whatsapp terus ke 012-333 4741

SILA LIKE & SHARE. COPY PASTE DIBENARKAN & JGN LUPA BERI KREDIT KEPADA PENULIS ASAL. TERIMA KASIH ðŸ˜ŠðŸ˜Š

No comments:

Post a Comment