Ini kisah sorang taiko bekam yang buat servis bekam dari masjid ke masjid tanpa perlu PREMIS SENDIRI dan TAK PERLU marketing POWER sangat!
Bagaimana ia bermula?
"Tak kena plangkung dengan nazir masjid?"
Ada yang tanya soalan macam ini. Jawabnya,
"MEMANG KENA PERAMBAT KALAU TIBA2 MASUK MASJID TERUS PACAK BANNER DAN SUSUN KERUSI DAN BUAT BEKAM!"
Standard orang islam... cari tuan rumah dulu (Nazir atau AJK masjid) bagi salam.
1. Kalau tak kenal, tanya orang.
2. Cari sampai jumpa.
3. Dah kenal baru bagitau hajat kita.
4. Tanya bila waktu yang sesuai
5. Tanya dimana kawasan yang boleh
6. Tanya apa yang boleh apa yang tak boleh
7. Belanja 1-2 orang AJK masjid utk cuba bekam
8. Kalau pak imam nak try, kasi free dulu..
2. Cari sampai jumpa.
3. Dah kenal baru bagitau hajat kita.
4. Tanya bila waktu yang sesuai
5. Tanya dimana kawasan yang boleh
6. Tanya apa yang boleh apa yang tak boleh
7. Belanja 1-2 orang AJK masjid utk cuba bekam
8. Kalau pak imam nak try, kasi free dulu..
Bila dah kamcing, minggu depan mesti dia suruh datang lagi. Waktu itu pak imam yang kita belanja haritu dah bawak 2-3 orang kawannya nak cuba buat bekam.
Bila dah dapat kebenaran buat servis bekam di masjid, sehari sebelum mesti letak bunting dikawasan yang sesuai. Katakan Nazir masjid bagi kebenaran buat hari Khamis, hari rabu kita dah letak bunting kat koridor masjid tempat kita nak operasi tu. Dari situ, jemaah akan perasan dan yang berhajat akan datang esoknya dengan persediaan.
Menurut taiko bekam (En Mohamad Suhaimi Suryadi), biasanya dia buat pakej RM50 utk 10 cup. Takde pilihan lain. Selain memudahkan kita sebagai jurubekam nak buat anggaran dan bawa peralatan, ia memudahkan pelanggan faham.
Biasanya En Suhaimi akan bawa keperluan cup utk 10 orang pelanggan. (10 cup x 10 orang = 100 cup) lagi mudah masukkan dalam plastik tangkai yang merah tu secara berasingan. Semuanya ada 10 plastik. Maksudnya untuk 10 orang pelanggan. Bila dah pakai, masukkan dalam plastik tu balik. Kalau ada pelanggan baru, guna cup yang ada dalam plastik merah seterusnya. Balik rumah baru cuci.
Dari segi kiraan pun mudah. Seorang pelanggan RM50. Kalau ada 10 pelanggan, maksudnya RM500 sehari. Kalau operasi seminggu cuma 5 hari (RM500 x 5 hari = RM2500), potensi sebulan nak dapat RM10,000 sangat cerah.
Sehari 10 pelanggan, maka 20 hari 200 pelanggan. Ini bukan satu masjid ye... minima 10 - 20 masjid. Kalau 20 masjid, maksudnya sehari pergi 1 masjid. Pusingannya sebulan pergi sekali masjid yang sama.
1 waktu solat biasanya ada 30 - 100 orang jemaah. Ia bergantung pada saiz masjid dan kawasan. Untuk dapatkan 10 orang pelanggan sehari adalah tidak mustahil, tambahan pula bila ada yang sudah mengenali kita sebagai tukang bekam.
Agak-agak berapa kosnya?
1. Duit minyak (sehari RM20 x 20 hari = RM400)
2. Duit makan (sehari RM15 x 20 hari = RM300)
3. Bayar pembantu (seorang) RM1500
4. Jarum + tisu +minyak + cecair pencuci dll RM300
2. Duit makan (sehari RM15 x 20 hari = RM300)
3. Bayar pembantu (seorang) RM1500
4. Jarum + tisu +minyak + cecair pencuci dll RM300
Total RM2500
Perolehan sebula RM10,000 - RM2,500 = RM7,500
Katakan anda seorang yang zuhud, ambil gaji cuma RM1,500 saja sebulan. Jadi anda boleh sedekahkan semula RM6,000 baki tu pada masjid atau anak yatim. Kan...!??
Dikawasan anda ada berapa masjid? Kalau tak cukup 10 masjid, pergi jauh sikit supaya cukup 10 masjid untuk cukupkan jumlah minimumnya.
Sebab apa? Sebab nak bagi jumlah income yang anda dapat itu mirip2 seperti yang abam raja cerita ni. Kalau cuma 2-3 masjid nak dapat 10k sebulan, berat la...
Cerita yang En suhaimi kongsikan ini abam raja tambah lagi 30% pada bahagian kiraan dan potensi pendapatan supaya korang semua lebih bersemangat Tapi memang dia boleh buat 10 orang pelanggan dalam sehari untuk 1 masjid. Itu pengalaman beliau sendiri.
Paling ramai, 17 orang sehari! sampai tak cukup cup sebab biasa memang dia bawak ngam-ngam 10 set saja. Selebihnya tu kena cuci cup dulu dan steril. Mesin sterillizer memang dia bawak selalu. Jadi takde masalah pasal kebersihan.
Waktu operasinya pula dari jam 10 pagi - 5 petang. Kalau sebelum zohor dah cukup 10 orang, balik awal la...
Bagi yang tak nak gunakan masjid sebagai sasaran utama, boleh gunakan pejabat-pejabat kerajaan sebagai target terbaik.
Tengok saja di Putrajaya, ada beratus-ratus jawatan kerajaan yang kita boleh tawarkan servis bekam. Rami yang tak tahu macamna nak mula? nak tanya sapa? kamt mana nak buat?
Jangan susah sangat... datang je kaunter dan tanya disini ada tak badan kebajikan atau koperasinya? Kalau takde koperasi, tanya bahagian HR pun boleh. Minta kenalkan... minta no.tel dan telefon segera. Asalkan dapat kebenaran.
Tanya, "boleh tak hari ini saya nak offer servis bekam utk 10 staf jabatan ni yang bertuah". Bila dapat buat kat satu jabatan ni, staf jabatan lain pun akan berminat dan kekadang mereka sendiri yang offer suruh datang ofis diorang.
Macamana operasinya bila buat kat luar?
Operasinya tak sama macam kita buat dalam bilik pusat rawatan kita sendiri. Cukup lah sekadar ada kerusi, tong sampah dan peralatan bekam. Kerusi tu guna kerusi biasa pun boleh. Kalau nak bagus, bawa katil lipat yang ada kt kedai abam raja ni.
Potensinya sama macam kita buat di masjid dan mungkin lebih besar potensi incomenya bila buat di jabatan-jabatan kerajaan ni. Cuma... nasihat abam raja, sebagai beginner, takyah lah cuba buat di pejabat kementerian kesihatan ye... cari jabatan lain dulu.
Operasi dari satu masjid ke satu masjid atau dari satu pejabat ke satu pejabat seperti ini sangat sesuai untuk 'orang baru' yang ingin menceburi bidang bekam. Bila dah ramai pelanggan dan anda pun dah penat kesana kemari, bolehlah buka pusat rawatan sendiri. Waktu itu anda tak perlukan marketing strategi yang power! Kastemer datang sendiri.
Sebulan anda buat 200 orang, kalau setahun anda dah buat 2400 orang. Takkan dah buat bekam lebih 2000 kali masih tak power lagi, kan? Jangan pulak kalau dah power nanti tak nak datang kedai abam raja pulak
Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat anda. Share kalau bermanfaat.
No comments:
Post a Comment