Wednesday, May 11, 2022

Pedih tak blister? Pernah alami?

 


Blister atau dipanggil gelembung air adalah gumpalan kecil bendalir badan (lymph, serum, plasma, darah atau pus nanah) di bawah lapisan epidermis. Ia berlaku disebabkan geseran, pemanasan, kulit terbakar (burn), atau bahan kimia merengsa.

Bendalir serum akan terkumpul di bawah lapisan kulit yang rosak tadi untuk melindungi tisu kulit dari terus rosak, dan menggalakkan proses penyembuhan. Selain bendalir blister/ melepuh kulit diisi dengan air serum, ada juga diisi dengan pus nanah atau darah. Ini menandakan tempat dibekam berlaku keradangan atau dijangkit kuman.

Puncanya blister di tempat bekam:

– Sedutan pam bekam terlalu kuat

– Sedutan bekam dibiar terlalu lama (lebih 10 minit)

– Bagi kaedah bekam menggunakan kaedah api, cawan bekam dipanaskan dengan suhu tinggi

– Masalah kulit terlampau kering

– Sedang dalam proses diet : perubahan makanan menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit (electrolyte imbalance).

– Ada juga disebabkan pengambilan steroid yang terlalu lama.

Kaedah mengatasinya:

– Jika gelembung tersebut pecah, jangan koyakkan lagi kulit mati yang telah tercabut itu, sapukan iodine atau ubat luka seperti minyak gamat dan sebagainya untuk mengelakkan infeksi sehingga luka pulih.

– Jika belum pecah, jangan pecahkan ia kerana ia akan melambatkan proses penyembuhan.

– Jika gelembuh berdarah, terapis akan pecahkan ia dengan memcucuk tepi gelembung, bukan di atas gelembung darah tersebut.

Kebanyakan blister akan sembuh secara natural dalam 3 hingga 7 hari. Ia tidak memerlukan perhatian perubatan, Cuma elakkan dari ianya merebak.

Nak jadi pembekam yang pro? Klik sini >> https://1226.rajabekam.com

No comments:

Post a Comment