Kali ini pastinya anda tidak akan sesat lagi. Bagi yang tidak pernah langsung berkunjung ke bandar Klang, bandar diraja, pastinya akan merasa kepayahan dan kesusahan yang dibayangkan. Tapi sebenarnya ia tidaklah begitu sukar jika anda sudah biasa dengan persekitaran jalan disini.
Banyak jalan sehala menggantikan jalan dua hala disebabkan kepadatan trafik dan lalulintas. Bagi memudahkan semua pihak, PBT menjadikan laluan sehala sebagai alternatif.
Pusat Latihan Raja Bekam yang biasa diadakan kursus bekam setiap sabtu kini telah dipasang Signboard bagi memudahkan para peserta mencari tempat ini. Walaubagaimanapun, bagi peserta diluar Selangor kerap kali tersesat dan berpusing-pusing satu Klang sebelum menjumpai lokasi ini.
Dengan adanya papantanda Pusat Latihan Raja bekam ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka mengesan lokasi kami. Selain kursus bekam, disini juga terdapat perkhidmatan rawatan bekam dan urut tradisional serta urut refleksiologi.
Ia berhadapan dengan masjid terapung yang terletak di sungai klang dan bersebelahan pula dengan pasar jawa. Pasar Jawa adalah lokasi paling lama sejak kewujudan bandar Klang.
Alamat lengkap pusat latihan bekam ini adalah seperti berikut:
PUSAT LATIHAN RAJA BEKAM
5-2, JALAN NANGKA OFF JALAN PASAR,
41400 KLANG, SELANGOR.
HOTLINE : 012-333 8664 / 017-333 1226
No comments:
Post a Comment